Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Madiha Abdullah
Januari 7, 2021 15:20 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 Januari 2021.
1. COVID-19: Thailand lapor 305 kes baharu, satu lagi kematian
Thailand merekodkan 305 kes baharu dan satu lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 9,636 serta 67 kematian.
2. Malaysia sambut baik deklarasi Al-Ula pulihkan hubungan antara negara teluk
Malaysia menyifatkan Deklarasi Al-Ula yang ditandatangani negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada 5 Jan lepas sebagai perjanjian 'solidariti dan kestabilan' di wilayah Teluk Arab.
3. COVID-19: Kes baharu di Indonesia hampir cecah 10,000 kes
Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia terus membimbangkan selepas merekodkan 9,321 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
4. Akaun Twitter Donald Trump disekat 12 jam kerana didakwa hasut penyokong
Gara-gara memuat naik ciapan berunsur menghasut, akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disekat selama 12 jam.
5. Wanita maut terkena tembakan dalam kekecohan di Capitol
Seorang wanita maut setelah terkena tembakan ketika kekecohan di bangunan Capitol ketika debat undian elektoral pilihan raya Amerika Syarikat berlangsung pada Rabu.
6. Penyokong Trump serbu Capitol, debat undian elektoral pilihan raya AS ditangguh
Debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditangguhkan.
7. COVID-19: Kes positif global hampir 87 juta, angka korban cecah 1.87 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 87 juta.
#berita antarabangsa #COVID-19 #kes positif #Amerika Syarikat #Donald Trump #Thailand #Indonesia