awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut terkena tembakan dalam kekecohan di Capitol

Agensi
Agensi
07/01/2021
00:29 MYT
Wanita maut terkena tembakan dalam kekecohan di Capitol
Seorang wanita dilapor mati ditembak dalam insiden kekecohan apabila kumpulan pro-Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol. -Reuters
WASHINGTON DC:Seorang wanita maut setelah terkena tembakan ketika kekecohan di bangunan Capitol ketika debat undian elektoral pilihan raya Amerika Syarikat berlangsung pada Rabu.
Memetik laporan CNN, wanita itu dilapor ditembak di bahagian dada namun perincian lanjut mengenai insiden itu tidak didedahkan.
Seorang jurucakap polis berkata perinciannya akan diumumkan kemudian.
Rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di bangunan Capitol ketika ini terkawal apabila pasukan Pengawal Negara dikerah ke lokasi.
Terdahulu pihak berkuasa mengambil masa lebih empat jam untuk mengawal keadaan huru-hara tatkala debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat berlangsung.
Proses itu bagaimanapun terpaksa ditangguh susulah kekecohan.
BACA: Penyokong Trump serbu Capitol, debat undian elektoral pilihan raya AS ditangguh
Sementara itu, beberapa pegawai polis dilapor mengalami kecederaan dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dihantar ke hospital.
Pada Rabu, Dewan Kongres dan Senat mengadakan sidang debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.
Proses itu, bagaimanapun, tidak dapat diteruskan selepas ada kalangan penunjuk perasaan memasuki kawasan larangan di dalam dewan.
Tunjuk perasaan juga berlaku selepas Trump berucap di hadapan ribuan penyokong di Washington untuk tidak mengaku kalah.
Beberapa Senator Republikan dilaporkan mahu mencabar keputusan di beberapa negeri.
Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana tidak cukup sokongan.
Topic Berkaitan
#bangunan Capitol
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#pilihan raya presiden amerika syarikat
#undian elektoral
#Dewan Kongres
#Senat
#Joe Biden
#Washington
#Senator Republikan
#kekecohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan