Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Madiha Abdullah
Februari 6, 2021 15:43 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.
1. Penduduk Wuhan memperingati kematian Dr Li Wenliang, pendedah maklumat COVID-19 terawal
Setahun selepas meninggal dunia, penduduk di bandar Wuhan memperingati pemergian Dr Li Wenliang yang terkorban akibat COVID-19 pada 7 Februari 2020.
2. COVID-19: Thailand laksana strategi khas kawal penularan di kilang
Thailand melaksanakan strategi khas bagi mengekang penyebaran virus COVID-19 di kilang-kilang di Samut Sakhon, pusat penularan terkini pandemik itu negara berkenaan.
3. Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan
Sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini menghitung hari sebelum kapal angkasa pertama mereka yang digelar sebagai misi ‘Hope’ kini menghampiri planet Marikh.
4. Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar
Sekitar dua minggu lalu tular dalam media sosial mendakwa Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida memanggil para ulama Islam negara itu bagi membacakan doa untuk menolak bala virus COVID-19.
5. Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali
Seorang lelaki di Aceh, Indonesia yang didapati bersalah melakukan hubungan sulit luar nikah, pengsan sewaktu hukuman sebat 100 kali dijalankan ke atasnya oleh pihak berkuasa daerah, pada Jumaat.
6. Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui
Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand.
7. Rohingya di Bangladesh takut pulang ke Myanmar
Mengikut ketetapan, proses penghantaran pulang pelarian Rohingya di Bangladesh ke Myanmar akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
8. COVID-19: Jumlah individu divaksin kini melebihi angka jangkitan
Jumlah individu yang sudah menerima vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya satu dos, kini melebihi bilangan kes jangkitan di seluruh dunia.
9. COVID-19: Sekatan pergerakan menyebabkan pemanasan bumi?
Percaya atau tidak, sekatan pergerakan serta pengurangan aktiviti sosial di seluruh dunia disebabkan pandemik COVID-19 telah menyumbang kepada peningkatan suhu bumi.
10. Vaksin COVID-19: AstraZeneca didakwa berkesan terhadap varian baharu UK
Vaksin dibangunkan Oxford University, AstraZeneca dilaporkan mampu megatasi jangkitan varian baharu COVID-19 United Kingdom (UK).
#berita antarabangsa #COVID-19 #pandemik #varian baharu #Indonesia #Thailand #Myanmar #Bangladesh #Rohingya #vaksin #AstraZeneca