BANGKOK:Thailand melaksanakan strategi khas bagi mengekang penyebaran virus COVID-19 di kilang-kilang di Samut Sakhon, pusat penularan terkini pandemik itu negara berkenaan.
Timbalan jurucakap Kementerian Luarnya Natapanu Nopakun berkata bagi kilang-kilang yang menyediakan tempat tinggal kepada pekerja, kaedah "menutup kawasan" akan digunakan dan pekerja tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kilang
Bagi pekerja yang tinggal di asrama di luar perkarangan kilang pula, beliau berkata "kaedah gelembung" akan digunakan dengan pegawai akan mengatur perjalanan dan pergerakan pekerja, dari asrama ke tempat kerja mereka, untuk menghalang mereka daripada bergerak ke lokasi lain.
"Strategi 'tutup dan gelembung' ini diharapkan dapat membantu mengawal jangkitan tempatan dalam 28 hari," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Selain itu, Natapanu berkata pegawai Kesihatan Awam akan meningkatkan pengesanan kes aktif di Samut Sakhon.
Beliau berkata setakat ini, terdapat lebih 140,000 pekerja di 845 kilang di Samut Sakhon telah menjalani ujian COVID-19.
Samut Sakhon, wilayah selatan Bangkok menjadi pusat penularan semasa pandemik itu yang bermula pada pertengahan Disember dengan mencatatkan 18,897 kes dan 19 kematian.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 490 kes baharu COVID-19, tanpa sebarang kematian, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu kepada 23,134 dengan 79 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata daripada 490 kes baharu itu, 412 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif dengan 410 di Samut Sakhon manakala masing-masing satu kes di Samut Songkhram dan Samut Prakan.
Beliau berkata 67 kes baharu merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital dan 11 lagi kes import, termasuk satu yang masuk secara haram.
"Selepas gelombang baharu COVID-19 di Thailand sejak pertengahan Disember tahun lepas, 14 wilayah masih bebas daripada COVID-19 manakala 47 wilayah tidak melaporkan kes baharu sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 490 kes baharu COVID-19, tanpa sebarang kematian, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu kepada 23,134 dengan 79 kematian. - Gambar REUTERS
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan Faisal Halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.