awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui

Agensi
Agensi
06/02/2021
03:26 MYT
Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui
Hatchai mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang mahu membeli Mutiara Melo itu pada harga 250,000 pound. - Foto New York Post
BANGKOK:Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand.
Memetik laporan Daily Mail, Hatchai Niyomdecha, 37, menemui mutiara berharga itu ketika sedang mengutip cangkerang dengan keluarganya di wilayah Nakhon Si Thammarat pada 27 Januari lalu.
Mutiara Melo terbentuk dalam cangkerang siput dikenali sebagai Melo Melo yang menumpang hidup di dalam cangkerang, tidak seperti mutiara tradisional yang dijumpai dalam tiram.
Pada mulanya, Hatchai yang ketika itu sedang membersihkan pelampung, menemui beberapa cangkerang termasuk tiga cangkerang siput.
Ayahnya, Bangmad Niyomdecha, 60, telah membersihkan cangkerang tersebut sebelum menemui mutiara sebesar wang syiling 10 sen dan seberat 7.68 gram.
“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu bukan sahaja dapat mengubah hidup saya bahkan ia akan mengubah masa depan, dan keluarga saya dapat menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.
Hatchai berkata, ada beberapa pembeli berminat untuk membeli mutiara itu, namun, disebabkan harga yang ditawarkan tidak begitu tinggi, dia menolaknya.
Bagaimanapun, Hatchai mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang mahu membeli Mutiara Melo itu pada harga 250,000 pound.
Topic Berkaitan
#Mutiara Melo
#Melo Melo
#Mutiara oren
#nelayan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan