Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nickyson Nyambar
Februari 27, 2021 15:47 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Februari 2021.
1. Musim kemarau cetus kebakaran hutan, beberapa titik panas di Riau dikesan
Musim panas dan kemarau di banyak tempat di rantau ini membawa kepada khabar yang kurang baik.
Beberapa daerah di wilayah Riau telah mengeluarkan amaran mengenai kebakaran hutan dan tanah pertanian, susulan beberapa titik panas dikenal pasti sejak awal tahun ini.
2. Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat lawatan rasmi ke Bandar Sri Begawan, Brunei mulai esok hingga 1 Mac 2021.
3. Vaksin Pfizer | Pengasas Pfizer-BioNTech terima Darjah Kebesaran oleh Jerman
Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman. Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.
4. Anjing peliharaan Lady Gaga selamat dipulangkan
DUA ekor anjing peliharaan Lady Gaga, Koji dan Gustav, yang dipercayai dicuri dalam insiden rompakan minggu lalu, selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan, menurut polis Los Angeles.
5. Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'
SEEKOR biri-biri liar yang dalam kesakitan kerana menanggung beban 35 kilogram bulu pada badannya ditemui oleh orang awam di sebuah kawasan hutan di Australia.
6. Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.
7. Kanak-kanak 4 tahun maut tertelan paku tekan
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas tertelan sebiji paku tekan yang digunakan ibunya untuk menggantung poster pembelajaran di rumah di Graham, Washington.
8. Pembunuhan Khashoggi: AS kenakan sekatan visa sasar warga Arab Saudi
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan larangan dan sekatan visa dengan menyasarkan warga Arab Saudi.
Ia susulan laporan dikeluarkan badan risikan negara Uncle Sam itu yang mendakwa Putera Mahkota Mohammed Salman terlibat secara langsung dalam pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada tahun 2018.
9. Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.
10. Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi
Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.
#berita luar negara #berita pilihan #berita antarabangsa #pandemik #COVID-19 #Lady Gaga #Amerika Syarikat AS #Putera Mahkota Mohammed Salman #Pembunuhan Khashoggi