KUALA LUMPUR: Stephen Chow Sing Chi itu seorang pelakon legenda, dan sentiasa menjadi kegilaan penggemar filem Hong Kong di negara ini.
Tetapi dalam kebanyakan filem beliau yang menjadi ‘hit’, akan sentiasa ada 'sidekick’nya yang turut dianggap legenda - Ng Man Tat.
Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.
“Beliau telah menjalani pembedahan dan menjalani rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas, tetapi tahap kesihatannya merosot dan koma.
"Beliau kemudian telah dipindahkan ke unit rawatan rapi, dan para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk bersiap sedia.
“Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kesakitan yang sedang ditanggung amat perit. Ketika itu beliau sudah memgambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kesakitan, tetapi ia sudah tidak berkesan,” kata aktor Tin Kai-man kepada media tempatan.
Chow, Ng, dan Tin masing-masing pernah berganding bahu membintangi filem yang sama iaitu Shaolin Soccer.
Dalam filem tersebut, Chow membawa watak sebagai ‘Mighty Steel Leg Sing,’ Ng sebagai ‘Golden Leg Fung,’ dan Tin sebagai 'Iron Shirt'.
Generasi rakyat Malaysia yang lahir pada era 80-an juga pasti tidak akan lupa filem Fight Back To School, yang turut dibintangi Chow dan Ng.
Dalam pada itu, Tin dilaporkan sebagai berkata, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pada awalnya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media bagi membolehkan Ng menjalani rawatan dengan tenang.
“Sewaktu pemeriksaan, kami mendapat tahu beliau sebenarnya mempunyai tumor. Dua bulan lepas beliau kembali ke Hong Kong dari Macau untuk menjalani pembedahan dan kemoterapi. Selama ini Ng berada di hospital,” katanya lagi.
Portal Today Singapore melaporkan Chow merupakan antara mereka yang terawal berjumpa dengan Ng sejurus mengetahui rakan baiknya berada dalam kesakitan.
BACA: 'Mendiang rakan dan sahabat baik saya selamanya' - Stephen Chow sedih pemergian Ng Man-tat
Biarpun hubungan mereka dilaporkan tidak berapa baik dalam tempoh kebelakangan ini, itu sama sekali tidak menghalang Chow untuk terus menunjukkan sayang dan sikap ambil beratnya kepada rakan-rakan seperjuangan, terutama sekali untuk Ng.
Selamat tinggal, Ng Man Tat (1951-2021).
Firdaus Azil
Sat Feb 27 2021
Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng Man Tat (kanan) telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat barah hati.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ng Man Tat menetap lama di Johor Bahru dengan isteri warga Malaysia sebelum pemergiannya
Pelakon Shaolin Soccer itu meninggal dunia pada usia 70 tahun pada Sabtu di sebuah hospital selepas bertarung nyawa akibat kanser hati.
Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi
Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat barah hati.