Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 19, 2021 12:13 MYT
April 19, 2021 12:13 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 19 April 2021.
Seorang rakyat Malaysia berusia 22 tahun ditahan di Singapura Jumaat lalu dan dadah yang dirampas daripadanya dianggarkan cukup untuk digunakan 12,000 penagih selama seminggu.
Johor mengharapkan 'berita positif' menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, yang dijangka akan membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan yang dijadualkan pada awal bulan hadapan.
Beberapa gambar telah dikongsi ribuan kali di Facebook, Instagram, Twitter dan Reddit dengan dakwaan bahawa mereka menunjukkan rumah Presiden Rusia Vladimir Putin di Sochi, Rusia.
Dua lelaki terbunuh selepas sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai bergerak tanpa pemandu, merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Dalam usaha untuk memastikan rakyat tidak balik ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) serta Naib Presiden, Maáruf Amin turut membuat keputusan untuk menyambutnya di Jakarta.
Rusia umum ia bakal mengusir 20 diplomat dari Republik Czech. Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 dilpomat Rusia pada Sabtu.
Emosi memenuhi Lapangan Terbang Australia apabila negara itu dan jirannya New Zealand memulakan gelembung perjalanan. Ia memberi makna, pengunjung dari kedua-dua negara tidak perlu menjalani kuarantin sebaik mendarat.
Seramai 13 orang, majoritinya kanak-kanak, mati lemas selepas kenderaan SUV mereka terjunam ke sebuah terusan di sebuah bandar pergunungan di utara Filipina, pada Isnin.
Sebuah perpustakaan kampus universiti di Afrika Selatan musnah dalam kebakaran yang memaksa lebih 4,000 penuntutnya dipindahkan pada Ahad.
Vaksin keluaran AstraZeneca khusus bagi menangani varian baharu COVID-19 yang ditemui di Afrika Selatan dijangka sedia hujung tahun ini.
#Muhyiddin Yassin
#Joko Widodo
#Vladimir Putin
#Lee Hsien Loong
#Aidilfitri
#Australia
#Jakarta
#New Zealand
#Singapura
#Rusia
#Filipina
#Perdana Menteri
#Amerika Syarikat
#kebakaran
#pelajar
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#Afrika Selatan