Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 24, 2021 15:43 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 24 April 2021.
1. Jeneral Myanmar setuju cadangan ASEAN bantu selesai krisis
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.
2. Hentikan pembunuhan, benarkan akses ASEAN ke Myanmar - Muhyiddin
Malaysia mengemukakan tiga cadangan bagi menyelesaikan krisis politik Myanmar yang kini sudah meragut ratusan nyawa. Cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta.
3. Penumpang berdepan detik cemas, harimau pecahkan tingkap kereta
Seorang pemandu wanita bersama penumpangnya berdepan detik cemas apabila seekor harimau melanggar kereta yang dinaiki mereka sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah.
4. Thailand bakal kehabisan katil ICU akibat COVID-19
Thailand bakal kehabisan katil di unit rawatan rapi (ICU) negara itu dalam tempoh 19 hari lagi akibat peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara itu.
5. Hospital di India rayu diberi bekalan oksigen
Hospital di India merayu kepada kerajaan di media sosial bagi menambah bekalan oksigen yang semakin meruncing.
6. Pencuri kembalikan beg dipenuhi vaksin COVID-19
Seorang pencuri di utara India kembalikan ribuan dos vaksin COVID-19 yang dicurinya pada Khamis dari sebuah hospital.
7. Serpihan dan barangan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui di lokasi pencarian
Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.
8. Kucing ditahan menyeludup dadah ke dalam penjara
Sindiket dadah sering menggunakan pelbagai cara bagi mengabur mata pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah.
9. COVID-19: New Zealand henti sementara gelembung perjalanan dengan Australia
New Zealand menghentikan sementara gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang baharu dibuka berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Australia.
10. Vaksin COVID-19: AS teruskan penggunaan vaksin J&J
Amerika Syarikat memutuskan untuk segera meneruskan penggunaan vaksin Johnson & Johnson dengan segera, kata penguasa kesihatan negara itu pada Jumaat.
#berita antarabangsa #berita luar negara #berita pilihan #Persidangan ASEAN #Jakarta #Indonesia