Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 30, 2021 14:46 MYT
April 30, 2021 14:46 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 30 April 2021.
India kini yang berdepan krisis kekurangan bekalan oksigen bagi tujuan perubatan dijangka reda menjelang pertengahan bulan depan.
Sekurang-kurangnya 44 orang maut selepas dihimpit dalam satu kejadian rempuhan sewaktu satu festival keagamaan berlangsung di Israel pada Jumaat.
Dua pesawat milik Rusia dengan muatan bantuan perubatan tiba di New Delhi pada Khamis.
Lebih satu bilion suntikan vaksin COVID-19 telah diedarkan secara global.
40,000 pemandu e-hailing Gojek di Jakarta, Indonesia disasarkan menerima vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.
Polis Indonesia percaya mereka telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 2.5 tan dadah jenis methamphetamine dalam beberapa serbuan di Aceh dan Jakarta.
Status sebagai pesakit COVID-19 tidak menghalang seorang lelaki dari India untuk meneruskan majlis perkahwinannya.
Seorang doktor di Bac Kan, Vietnam berjaya mengeluarkan seekor kupu-kupu yang tersekat di dalam salur telinga seorang lelaki.
Seorang bayi berusia 16 bulan meninggal dunia di bahagian belakang sebuah van sementara bapanya cuba sedaya upaya memberikan oksigen kepadanya.
Pengembara yang tiba di Rome, Itali dari New Delhi, India diarah menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.