awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Krisis bekalan oksigen di India dijangka pulih pertengahan Mei

Agensi
Agensi
30/04/2021
03:13 MYT
COVID-19: Krisis bekalan oksigen di India dijangka pulih pertengahan Mei
Ketika ini, puluhan hospital di bandar-bandar utama seperti New Delhi dan Mumbai berdepan kekurangan bekalan oksigen bulan ini, menyebabkan ramai penyakit tidak mendapat bantuan pernafasan. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: India kini yang berdepan krisis kekurangan bekalan oksigen bagi tujuan perubatan dijangka reda menjelang pertengahan bulan depan.
Perkara itu didedahkan sebuah syarikat pengeluar bekalan oksigen perubatan kepada Reuters.
Ia berdasarkan peningkatan 25 peratus dan infrastruktur pengangkutan yang bersedia untuk menangani permintaan bekalan oksigen tersebut susulan peningkatan drastik kes COVID-19.
Ketika ini, puluhan hospital di bandar-bandar utama seperti New Delhi dan Mumbai berdepan kekurangan bekalan oksigen menyebabkan ramai penyakit tidak mendapat bantuan pernafasan.
Krisis berkenaan tercetus selepas alatan oksigen perubatan di India meningkat 8 kali lebih tinggi sehingga 7,200 tan setiap hari sepanjang bulan ini.
Menurut Pengarah Linde yang merupakan pengeluar terbesar alatan oksigen perubatan, Moloy Banerjee, krisis tersebut tercetus tanpa mana-mana pihak bersedia untuk menanganinya.
"Jangkaan saya adalah menjelang pertengahan Mei, kami akan menyediakan infrastruktur pengangkutan untuk membekalan alatan ini di seluruh negara.
"Ketika ini India mengimport kira-kira 100 bekas cryogenic untuk dihantar dalam kuantiti yang besar bagi bekalan oksigen dalam bentuk cecair," katanya seperti yang dipetik oleh Reuters.
Untuk rekod, India kini melepasi angka 18 juta kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#India
#COVID-19
#perubatan
#bekalan oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan