DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu 12 Jun 2021.
India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan.
Secara keseluruhan seramai 367,081 penduduk maut akibat virus itu setakat ini.
Seekor tikus yang tugasnya membantu pasukan pengesan periuk api dan telah lima tahun berkhidmat di Kemboja akan bersara bulan ini, lapor Reuters.
Kepada mereka yang ingin menghadiri temuduga kerja, pastikan anda mengelak beberapa makanan yang mungkin akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
Harapan Perdana Menteri Britain Boris Johnson untuk menamatkan sekatan COVID-19 England pada 21 Jun tergantung susulan peningkatan kes varian Delta yang semakin merebak.
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019 yang mengorbankan 51 mangsa.
Sejumlah lebih 2.28 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa. Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Puluhan juta kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini.
Itali mengesyorkan penggunaan vaksin AstraZeneca kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 175 juta. Jumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Harapan Perdana Menteri Britain Boris Johnson untuk menamatkan sekatan koronavirus England pada 21 Jun tergantung susulan peningkatan kes varian delta yang semakin merebak. Johnson akan mengumumkan pada Isnin, sama ada sekatan akan dapat dimansuhkan sepenuhnya seperti dirancang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami