DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Julai 2021.
1. COVID-19 di Indonesia: Lebih 31,000 kes baharu harian, lebih 700 meninggal dunia
Indonesia antara negara yang berdepan lonjakan kes jangkitan baharu COVID-19 yang amat membimbangkan, apabila sebanyak 31,189 kes baharu harian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
2. Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket
Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program "Phuket Sandbox".
3. Elak aktiviti fizikal berat selama 7 hari selepas terima vaksin COVID-19 - Kementerian Kesihatan Singapura
Remaja dan belia berumur kurang 30 tahun disarankan menghindari aktiviti fizikal dalam tempoh tujuh hari selepas menerima vaksin COVID-19, sebagai langkah pencegahan lanjut, kata Kementerian Kesihatan Singapura.
4. Vaksin COVID-19: Jerman sumbang 3 juta dos kepada Balkan Barat
Jerman akan menyumbangkan kira-kira 3 juta dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara di Balkan Barat secepat mungkin, kata Canselor Angela Merkel pada Isnin.
5. Pangsapuri runtuh: Empat lagi mangsa maut ditemui
Empat lagi mangsa akibat runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat ditemui pada Isnin.
6. Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
7. Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan
Seorang lelaki maut dan lebih 12 rumah musnah selepas satu insiden letupan di Warren Michigan pada Ahad.
8. Jumlah dos vaksin didaftarkan seluruh dunia cecah 3.21 bilion
Lebih 3.21 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.
9. COVID-19: Kes positif global lebih 184 juta, korban 3.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 184 juta kes berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
10. COVID-19: Keputusan peralihan fasa di UK ditetapkan 12 Julai ini
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson memberi bayangan bahawa sekatan berkaitan COVID-19 akan dilonggarkan menjelang akhir Julai nanti.

#Singapura
#COVID-19
#Thailand
#Indonesia
#Mexico
#Amerika Syarikat
#Boris Johnson
#Angela Merkel
#Phuket
#Michigan