awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pangsapuri runtuh: Empat lagi mangsa maut ditemui

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2021
22:51 MYT
Pangsapuri runtuh: Empat lagi mangsa maut ditemui
Menurut Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava, lebih 117 lagi mangsa masih belum ditemui. - Foto fail/AP Newsroom
FLORIDA: Empat lagi mangsa akibat runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat ditemui pada Isnin.
Ini menjadikan jumlah mangsa korban setakat ini meningkat kepada 28 orang.
Mayat itu ditemui selepas pasukan pencari dan penyelamat merobohkan blok bangunan kondominium Champlain Towers yang memudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan.
Menurut Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava, lebih 117 lagi mangsa masih belum ditemui.
“Sejak pasukan penyelamat memulakan kerja-kerja mencari mangsa runtuhan sejak malam tadi, dengan dukacita kami menemui tiga lagi mangsa maut.
“Ini menjadikan jumlah mangsa maut meningkat kepada 28. Jumlah mereka masih belum ditemui seramai 117,” katanya.
Kerja-kerja merobohkan blok bangunan kodominium tersebut dipercepatkan selepas mengambil kira aspek keselamatan, lebih-lebih lagi ketika Taufan Elsa dijangka membadai Florida bermula Isnin.
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari terutamanya di kawasan bawah tanah, selepas baki runtuhan dirobohkan.
Topic Berkaitan
#pasukan penyelamat
#kondominium Champlain Towers
#Miami
#runtuhan
#maut
#mangsa
#pangsapuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan