ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 27 Ogos 2021.

1. Angka korban susulan letupan di lapangan terbang Kabul meningkat kepada 90

Sekurang-kurangnya 90 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan bunuh diri di Lapangan Terbang Kabul pada Khamis.

2. COVID-19: Kemboja benar rakyat terima suntikan 'booster'

Kemboja membenarkan rakyatnya menerima suntikan dos ketiga atau penggalak (booster) untuk vaksin COVID-19 bagi mencapai "imuniti kelompok sebenar," lapor Agensi Anadolu memetik, Agence Kampuchea Press.

3. COVID-19: Kes harian di New Zealand terus meningkat

Penularan varian Delta semakin hari semakin membimbangkan penduduk di New Zealand selepas kes harian terus menunjukkan peningkatan.

4. Vaksin COVID-19: EMA siasat dakwaan vaksin Moderna tercemar

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan menyiasat insiden pencemaran vaksin Moderna yang dilaporkan baru-baru ini.

5. COVID-19: A.S boleh kawal COVID pada musim bunga 2022 jika ramai divaksin

Amerika Syarikat dijangka dapat mengawal COVID-19 pada awal tahun depan sekirnya kadar vaksinasi meningkat. Perkara itu dinyatakan pengarah, Institut Alergi Nasional dan Penyakit Berjangkit, Dr. Anthony Fauci.

6. Kabinet baharu Iran diluluskan Parlimen

Barisan kabinet baharu Iran diumum dengan majoriti anggota kabinet yang dicalonkan Presiden baharu, Ibrahim Raisi diluluskan melalui pengundian di Parlimen.

7. 60 cedera letupan di depot senjata di Kazakhstan

Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam letupan di sebuah depot senjata di daerah Bayzakov, Kazakhstan pada Khamis sehingga menyebabkan pihak berkuasa memindahkan penduduk di empat buah kampung yang berhampiran.

8. Kebakaran Hutan: 42 terbunuh di Algeria termasuk anggota tentera

Sekurang-kurangnya 25 anggota tentera yang terbabit dalam misi menyelamat di wilayah Kabyle, Algeria akibat kebakaran hutan dilaporkan terkorban.

9. Tanah Runtuh: Puluhan mangsa tertimbus di India

Kira-kira 50 mangsa dilaporkan terperangkap akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di utara India pada Rabu.

10. Penunggang patah tulang, roller-coaster Fuji-Q Highland diarah tutup

Roller-coaster di sebuah taman tema di jepun diarah tutup selepas beberapa penunggang dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.