awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet baharu Iran diluluskan Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2021
22:00 MYT
Kabinet baharu Iran diluluskan Parlimen
Hampir separuh daripada menteri-menteri baharu Iran pernah menganggotai pentadbiran konservatif sebelum ini. - Foto REUTERS
TEHRAN: Barisan kabinet baharu Iran diumum dengan majoriti anggota kabinet yang dicalonkan Presiden baharu, Ibrahim Raisi diluluskan melalui pengundian di Parlimen.
18 daripada 19 menteri yang dicalonkan Raisi dipersetujui Ahli Parlimen pada Rabu, selepas pembentangan nama disusuli perbincangan berlangsung selama lima hari.
Sebelum ini, Raisi menyeru kepada Ahli Parlimen supaya segera meluluskan senarai calon kabinet.
Katanya, ini supaya kerajaan baharu dapat segera menangani pandemik COVID-19 serta krisis ekonomi di negara itu.
Hampir separuh daripada menteri-menteri baharu Iran pernah menganggotai pentadbiran konservatif sebelum ini, manakala kebanyakan daripada mereka juga berdepan sekatan dari Amerika Syarikat.
Seorang menteri pula dikehendaki Interpol, malah Presiden Raisi sendiri pernah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat pada 2019.
Sementara itu, Menteri Luar Negeri baharu Iran, Hossein Amirabdollahian yang meraih 270 undi daripada 290 kerusi parlimen, berjanji bahawa kementeriannya akan meningkatkan kerjasama dengan negara lain serta menghapuskan sekatan ke atas Iran.
Ketika di Parlimen minggu ini, beliau menjelaskan tentang visinya untuk merangka dasar luar negara yang mengetengahkan benua Asia.
Topic Berkaitan
#Kabinet Baharu
#Iran
#Ibrahim Raisi
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan