DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 September 2021.
1. Penemuan arkeologi Sanliurfa buka lembaran baharu ketamadunan manusia - Pakar
Penemuan tapak arkeologi Gobeklitepe dan Karahantepe di Sanliurfa, Turki bakal membuka lembaran baharu dalam kajian prasejarah ketamadunan dan perkembangan manusia.
2. Selepas tiga dekad ditutup, musnah dalam perang, panggung wayang kini kembali beroperasi di Somalia
Berpuluh-puluh warga Somalia leka berswafoto dan berbual rancak di deretan kerusi berlapik merah yang gebu. Mereka teruja sewaktu menunggu tayangan filem pertama di negara itu dalam tempoh 30 tahun.
3. Lima pendaki maut dalam ribut salji di Gunung Elbrus, Rusia
Ribut salji yang melanda secara mengejut menjadi halangan terakhir yang tidak mampu digagahi oleh lima pendaki di puncak tertinggi di benua Eropah, Gunung Elbrus, yang terletak di barat daya Rusia.
4. Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku
Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 2.36 petang tadi.
5. Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa, bakal ke angkasa lepas selama dua minggu
Melalui perkongsian terbaharu di Twitternya, bilionair itu berkata, jelajah berkenaan bermula dari 8 hingga 20 Disember 2021, dan ia merupakan persiapan untuk menyertai misi penerbangan Space X pada 2023.
6. COVID-19: Singapura catat kes harian tertinggi 1,504 kes
Singapura melaporkan sejumlah 1,504 kes baharu COVID-19 pada Khamis (23 September), tertinggi sejak virus itu dikesan tahun lalu.
7. COVID-19 | Penularan kes semakin menurun di Afrika
Badan serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Afrika memaklumkan gelombang penularan COVID-19 di benua tersebut semakin menurun. Namun, usaha untuk mengekang penularan virus itu masih jauh untuk berakhir.
8. Jururawat parah ditumbuk selepas didakwa beri suntikan vaksin tanpa persetujuan
Seorang jururawat wanita ditumbuk beberapa kali di bahagian muka selepas diserang seorang lelaki yang mendakwa isterinya disuntik vaksin COVID-19 tanpa persetujuannya.
9. 2,500 tanduk badak sumbu dibakar sempena Hari Badak Sumbu Sedunia
Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kerajaan tempatan menentang keras kegiatan pemburuan haram.
10. Vaksin COVID-19 | Pemimpin Afrika gesa kesamarataan bekalan
Ketidaksamarataan pengagihan bekalan vaksin COVID-19 di negara-negara Afrika menjadi fokus utama Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Tiada Yang Selamat Sehingga Semua Selamat - itu slogan yang diulang pada sidang mesyuarat kali ini.