Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 25, 2021 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 Oktober 2021.
1. PM Sudan dan 4 menteri ditahan
Pasukan tentera tidak dikenali mengepung kediaman Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok dan beliau kini dikenakan tahanan di rumah, lapor akhbar harian Arab News.
2. Peraturan Umrah: Arab Saudi mansuh wajibkan jemaah buat tempahan
Arab Saudi memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah.
3. Raja Salman akan ketuai Perwakilan Arab Saudi ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20
Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi dan mengambil bahagian secara maya dalam perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom, memenuhi jemputan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.
4. Taliban lancar program atasi kelaparan
Kerajaan Taliban melancarkan program mengatasi kelaparan dalam kalangan penduduknya.
5. COVID-19 di UK: Pemberian vaksin sahaja tidak cukup untuk turunkan kes
Kebergantungan vaksinasi sahaja tidak cukup untuk menurunkan kadar kes harian COVID-19 di United Kingdom (UK).
6. COVID-19: Victoria capai sasaran 70 peratus vaksinasi populasi dewasa
Negeri Victoria di Australia berjaya melepasi sasaran 70 peratus jumlah populasi dewasa divaksin COVID-19.
7. Timur Taiwan dilanda gempa pada 6.5 skala Ritcher
Gempa bumi berukuran 6.5 skala Ritcher menggegarkan Hualien yang terletak di timur Tawaian, pada Ahad.
8. Thailand intai 1 juta pelancong untuk tempoh Nov-Mac
Thailand menyasarkan menarik lebih satu juta pelancong bermula November hingga Mac, susulan langkah kerajaan mengecualikan kuarantin kepada pengunjung dari 46 negara dan wilayah mulai 1 Nov.
9. Korban akibat letupan gas di China meningkat kepada lima orang
Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang di wilayah Liaoning, timur laut China meningkat kepada lima manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang.
10. Pelakon Gunther dalam siri Friends meninggal dunia
Pelakon dalam siri drama terkenal 'Friends' James Michael Tyler, yang memegang watak Gunther, meninggal dunia pada usia 59 tahun.
#Sudan #Arab Saudi #Raja Salman #Taliban #United Kingdom #Australia #Thailand #Itali #Taiwan #friends #James Michael Tyler #G20