BANGKOK: Thailand menyasarkan menarik lebih satu juta pelancong bermula November hingga Mac, susulan langkah kerajaan mengecualikan kuarantin kepada pengunjung dari 46 negara dan wilayah mulai 1 Nov.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) berharap dapat menyaksikan pemulihan berbentuk lekuk V.
"Diharapkan juga aktiviti pelancongan tahun depan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus dari pendapatan diperoleh pada 2019 (sekitar 2 trilion baht) dan setidak-tidaknya 80 peratus dari pendapatan yang diperoleh pada 2019 untuk tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan.
Pada 2019, Thailand menerima hampir 40 juta pelawat asing yang membelanjakan 1.91 trilion baht.
Dalam usaha mengekang penularan COVID-19, Thailand mengenakan syarat kuarantin yang ketat. Tahun lepas, ketibaan pelancong asing menyusut 83 peratus kepada 6.7 juta dan kutipan daripada perbelanjaan pelawat luar negara berjumlah 332 bilion baht.
Mulai 1 Nov, Thailand bakal menyambut kedatangan pelawat yang lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia dan mereka dikecualikan menjalani kuarantin.
Senarai negara itu dikeluarkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan akan dikemas kini pada 1 Dis dan 1 Jan.
Di bawah pengaturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap vaksinasi yang tiba menerusi perkhidmatan udara dan diuji negatif COVID-19 bebas mengunjungi provinsi lain di negara ini.
Semua pelancong wajib membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum US$50,000 dan mempunyai keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif dalam masa 72 jam sebelum melakukan perjalanan.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 9,351 kes baharu COVID-19 dan 56 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini sebanyak 1,850,482 kes manakala korban seramai 18,755.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Thailand menyasarkan menarik lebih satu juta pelancong bermula November hingga Mac, susulan langkah kerajaan mengecualikan kuarantin kepada pengunjung dari 46 negara dan wilayah mulai 1 Nov. - Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.