Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 8, 2021 15:58 MYT
November 8, 2021 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 November 2021.
Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 Nov) atas sabitan mengedar dadah.
Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Vaccinated Travel Lane) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November 2021.
Amerika Syarikat buka semula sempadannya kepada pelancong yang lengkap divaksin bermula Isnin. Kebenaran ini sekaligus menamatkan larangan kemasukan sejak 20 bulan lalu.
Ketika para pemimpin dunia sedang berbincang di sidang kemuncak dunia di Glasgow, penggembala dan penternak haiwan di Kenya hanya dapat menyaksikan haiwan mereka menderita akibat kekurangan air dan makanan.
Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan yang baharu dilantik Thomas West memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia hari ini. Kunjungan pertama beliau adalah ke Brussels untuk berunding dengan sekutu dan rakan-rakan kongsi.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.048 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 754 ribu kes.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 249.8 juta. Ini berikutan lebih empat ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Tentera Iran melancarkan latihan ketenteraan tahunan di kawasan perairan Teluk Oman. Latihan ini diteruskan kurang sebulan sebelum rundingan nuklear dengan blok barat disambung semula.
Setiausaha Luar United Kingdom (UK) Liz Truss tiba di Malaysia pada Ahad untuk memulakan lawatan seminggu ke Asia Tenggara bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan dengan negara yang diramal berkembang pesat dan menjadi semakin penting.
Ia menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam semua kejuaraan dan pada masa sama mengekori rapat The Reds.
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Singapura
#United Kingdom
#KLIA
#COVID-19
#Liz Truss
#Lee Hsien Loong
#VTL
#kemarau
#Liverpoll