Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 27, 2021 15:56 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.
1. Varian baharu: WHO bimbang tindakan kenakan larangan perjalanan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi peringatan kepada negara-negara yang melaksanakan larangan perjalanan susulan penemuan varian baharu COVID-19.
2. Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika
Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19.
3. Varian baharu COVID-19 dikesan di Belgium
arian baharu COVID-19 dikenali B.1.1.529 telah dikesan di Belgium, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Franck Vandenbroucke pada Jumaat lapor Agensi Berita Xinhua.
4. Varian Omicron: Thailand larang kemasukan pelawat dari 8 negara Afrika
Thailand turut mengikuti langkah negara lain yang melarang kemasukan pengembara dari beberapa negara di Afrika berikutan penularan jangkitan melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali Omicron.
5. Selepas 70 tahun ekskavasi, Mesir akhirnya buka Avenue of Sphinxes
Selepas lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada orang ramai kawasan yang dipenuhi ‘sphinx’ yang rata-ratanya berusia 3,000 tahun.
6. Rundingan nuklear: Rusia, China kritik ancaman AS kepada Iran
Rusia pada Jumaat mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengancam Iran dengan ketegangan diplomatik di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
7. COVID-19: Belanda umum perintah berkurung tiga minggu
Belanda mengumumkan perintah berkurung pada Jumaat di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara.
8. COVID-19: New York kembali kenakan perintah darurat mulai 3 December
andar New York kembali mengenakan perintah darurat setelah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 tertinggi sejak dilanda pandemik COVID-19.
9. COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'
Kumpulan penasihat bebas yang memantau evolusi virus COVID-19 bertemu pada Jumaat untuk menilai penemuan semasa varian baharu yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan.
10. COVID-19: Katil ICU di Jerman hampir penuh, tentera bantu pindahkan pesakit
Dengan hampir 4,000 pesakit COVID-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), hospital di Jerman kini hampir mencecah kapasiti penuh.
#berita antarabangsa #berita luar negara #Astro Awani #berita pilihan