awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menjelang konsert mega, Ella fokus vokal, kesihatan dan rehat
Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi
Indonesia adakan sidang Isbat 17 Feb, tentukan permulaan Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan nuklear: Rusia, China kritik ancaman AS kepada Iran

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2021
02:37 MYT
Rundingan nuklear: Rusia, China kritik ancaman AS kepada Iran
Bendera Iran berkibar di hadapan ibu pejabat IAEA di Vienna, Austria, 1 Mac 2021. - Gambar fail REUTERS
RUSIA pada Jumaat mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengancam Iran dengan ketegangan diplomatik di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Ancaman itu dikemukakan AS atas alasan Iran tidak memberi kerjasama kepada badan pemantau berkenaan.
Bercakap pada sidang media yang turut dihadiri Duta China Wang Qun, Duta Rusia ke IAEA, Mikhail Ulyanov menyifatkan tindakan Amerika sebagai tidak membantu dan tidak produktif.
"Rakan sejawatan kami dari Amerika sudah hilang sabar. Tetapi saya percaya, kita perlu mengawal emosi kita.
"Mungkin AS telah lama tidak berkomunikasi dengan Iran dan terlupa yang Iran tidak akan berbuat sesuatu di bawah tekanan.
"Jika mereka ditekan, mereka akan melawan," kata Ulyanov kepada pihak media di Vienna pada Jumaat.
Sebaliknya, katanya, Moscow meminta Amerika menggunakan pendekatan rundingan mirip perniagaan, tanpa perlu mengancam mana-mana pihak.
Rundingan bagi mengembalikan semula Perjanjian Nuklear 2015 dijadual disambung semula 29 Nov.
Pada Rabu, Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi mendedahkan, pihaknya tidak dapat memeriksa fasiliti nuklear di Karaj.
Ia kerana, fasiliti tersebut tidak mempunyai kamera dan alat pemantauan lain yang dipasang di premis itu.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan