ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 3 Disember 2021.

1. Juruterbang parah jet pejuang Thailand terhempas

Sebuah jet pejuang F-5 terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan, di Lopburi, Thailand hari ini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah.

2. Nagaenthran sudah terima proses perundangan sewajarnya - Presiden Singapura

Warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman mati di Singapura telah menerima proses yang sewajarnya mengikut undang-undang.

3. Lima lagi kes Omicron dilaporkan di New York

Lima lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dilaporkan di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, beberapa jam selepas kes yang sama dikesan di Minnesota dan Colorado.

4.Varian Omicron: Biden umum langkah keselamatan baharu

Biden berkata langkah itu akan membolehkan sekolah dan perniagaan kekal dibuka sambil memastikan rakyat AS selamat.

5. COVID-19: Britain catat kes baharu tertinggi sejak pertengahan Julai

Lebih sejuta orang di Britain terus mengalami gejala Long COVID, atau ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19.

6. Pelanggan bermalam di Ikea selepas terkandas dalam ribut salji

Mereka turut dijamu dengan sarapan pagi roti gulung kayu manis dan kopi sebelum meninggalkan premis keesokan harinya.

7. COVID-19: Moderna hasilkan vaksin Omicron, jangka fail kelulusan seawal Mac 2022

Pihaknya kini membuat persediaan rapi untuk memfailkan kelulusan AS seawal Mac.

8. Politik Kemboja | Hun Sen sokong anak ganti beliau memimpin Kemboja

 Tindakan itu mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa Hun Sen cuba mewujudkan dinasti politik keluarga di Kemboja. Hun Sen sudah memimpin negara ASEAN itu selama lebih tiga dekad.

9. COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat

Semalam, sebanyak 73,000 jangkitan baru dan 388 kematian dilaporkan di negara itu. 

10. Arsenal gigit jari kerana salah sendiri - Arteta

Ia kekalahan ke-25 Arsenal kepada United dalam EPL, lebih banyak daripada mana-mana seteru lain dalam sejarah kancah itu.