awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Britain catat kes baharu tertinggi sejak pertengahan Julai

Bernama
Bernama
03/12/2021
04:08 MYT
COVID-19: Britain catat kes baharu tertinggi sejak pertengahan Julai
Dianggarkan sehingga 31 Okt, sebanyak 1.2 juta orang isi rumah persendirian dilaporkan mengalami Long COVID. -Foto fail/REUTERS
LONDON: Britain merekodkan 53,945 jangkitan baharu COVID-19, tertinggi sejak 17 Julai menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 10,329,074, lapor Agensi Berita Xinhua berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan pada Khamis.
Negara itu juga melaporkan 141 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 145,281 dan 7,644 pesakit masih dirawat di hospital.
Data terbaharu itu dikeluarkan ketika Britain mengesahkan 10 lagi kes COVID-19 melibatkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah seramai 42.
Sementara itu, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan lebih sejuta orang di Britain terus mengalami gejala Long COVID, atau ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19.
Dianggarkan sehingga 31 Okt, sebanyak 1.2 juta orang isi rumah persendirian dilaporkan mengalami Long COVID.
Lebih 88 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas di Britain telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 dan lebih 80 peratus lengkap dua dos, manakala lebih 33 peratus sudah menerima suntikan penggalak atau dos ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Britain
#long COVID
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan