Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 22, 2021 16:26 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Disember 2021.
1. Varian Omicron, Indonesia pertimbang tukar peraturan kuarantin
Indonesia senantiasa menilai langkah-langkah keselamatan sedia ada untuk melindungi rakyatnya daripada COVID-19 dan varian Omicron selepas kes pertama melibatkan varian baharu tersebut dikesan di republik itu minggu lepas.
2. India: 3 rentung, 44 cedera kilang penapis minyak terbakar
Tiga rentung manakala 44 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kilang penapis minyak, Haldia Oil Corporation, terletak di 136 kilometer dari bandar Kolkata, India.
3. Presiden Palestin gesa Israel mulakan semula proses damai yang tertangguh
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menggesa Israel melaksanakan perjanjian yang telah dimeterai dengan Palestin dan meneruskan proses damai Asia Barat, yang sudah terhenti sejak tujuh tahun lalu, lapor Xinhua.
4. COVID-19 (Omicron) | Penduduk sudah divaksin boleh sambut Krismas di AS
Presiden Joe Biden berkata bahawa rakyat Amerika Syarikat yang divaksinasi terhadap COVID-19 tidak seharusnya membatalkan rancangan untuk berjumpa keluarga secara peribadi pada musim cuti Krismas ini.
5. Nadal disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari Abu Dhabi
Rafael Nadal disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari Kejohanan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi minggu lepas.
6. COVID-19: Kes positif global lebih 276 juta, korban 5.36 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 276 juta.
7. Lebih 3.3 juta penduduk dunia maut akibat COVID-19 pada 2021 - WHO
Lebih 3.3 juta penduduk dunia kehilangan nyawa akibat COVID-19 tahun ini - lebih banyak berbanding kematian disebabkan HIV, malaria dan batuk kering pada 2020, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
8. 8.76 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.76 bilion.
9. Omicron: Singapura turut beku jualan tiket VTL darat, udara ke Malaysia bermula esok
Penjualan tiket bas di bawah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) untuk perjalanan ke Singapura atau Malaysia dibekukan buat sementara waktu bermula dari 23 Dis hingga 20 Jan 2022, susulan peningkatan kes varian Omicron di seluruh dunia.
10. Gempa bumi kuat landa utara California
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pesisir pantai California utara, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
#COVID-19 #Omicron #Indonesia #India #Palestin #Israel #AS #WHO #Rafael Nadal #gempa bumi #California #Singapura