JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.76 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.69 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.3 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 493 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 198 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 125 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat angka melepasi 100 juta dos. 

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 260 juta dos sudah didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dan Filipina melebihi 100 juta dan Malaysia melebihi 56 juta.

Singapura pula mencatat lebih 9 juta dos vaksin didaftarkan.