JAKARTA: Indonesia senantiasa menilai langkah-langkah keselamatan sedia ada untuk melindungi rakyatnya daripada COVID-19 dan varian Omicron selepas kes pertama melibatkan varian baharu tersebut dikesan di republik itu minggu lepas.
Beberapa langkah yang sedang dibincangkan termasuk melanjutkan kuarantin wajib untuk ketibaan antarabangsa kepada 14 hari berbanding 10 hari.
"Perbincangan sedang berjalan berdasarkan kepada perkembangan situasi varian baharu itu," kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.
Beliau berkata pihak berkuasa mungkin membuka Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya sebagai pintu masuk kedua untuk pengembara antarabangsa berikutan peningkatan ketibaan jumlah pelancong di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta.
Luhut meminta pegawai negeri dan rakyat supaya tidak melancong ke luar negara, sekurang-kurangnya sehingga keadaan COVID-19 bertambah baik.
"Saya mohon anda semua pertimbang untuk tidak ke luar negara dan menangguhkan semua perjalanan tidak penting. Kami tidak mahu situasi sukar seperti Julai lepas berulang kembali."
Indonesia telah mengatasi India pada 13 Julai, sebagai pusat baharu pandemik di Asia, dengan jangkitan harian melebihi 40,000 kes selama dua hari berturut-turut, dua minggu selepas perayaan Aidilfitri.
Sementara itu, Indonesia menambah lebih banyak negara ke dalam senarai larangan kemasukannya pada Isnin, selepas tiga kes import varian Omicron dikesan dengan sejarah perjalanan dari Nigeria, Amerika Selatan dan United Kingdom (UK).
Negara yang telah dimasukkan ke dalam senarai merah ialah UK, Norway, dan Denmark manakala Hong Kong dikeluarkan daripada senarai.
Sebelum ini, Indonesia telah mengenakan larangan kepada bukan warganegara yang dalam tempoh 14 hari lepas pernah mengunjungi Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini, Malawi, Angola dan Zambia.
Di peringkat domestik, pentadbiran Presiden Joko Widodo telah melanjutkan sekatan aktiviti awam di luar Jawa dan Bali sehingga sekurang-kurangnya 3 Jan 2022 disebabkan cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Dalam ucapannya pada Isnin, presiden menyeru semua kementerian dan agensi supaya sepakat dalam melaksanakan komitmen masing-masing untuk menghadapi tempoh kritikal pada Disember.
Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, jumlah kes positif COVID-19 yang disahkan meningkat sebanyak 216 berbanding hari sebelumnya kepada 4,260,893 kes setakat 21 Dis.
Angka korban pula sebanyak 11 ke 144,024 dan jumlah pesakit yang pulih meningkat 205 kepada 4,112,040. Negara ini telah memberikan 261 juta dos vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Indonesia telah mengatasi India pada 13 Julai, sebagai pusat baharu pandemik di Asia, dengan jangkitan harian melebihi 40,000 kes selama dua hari berturut-turut, dua minggu selepas perayaan Aidilfitri.- Gambar fail/REUTERS
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.