Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 6, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 6 Januari 2022.
1. Korea Utara: Ujian peluru berpandu hipersonik berjaya
Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu pada Rabu, dan bergerak sejauh 120 kilometer sebelum mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat, membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, menurut laporan itu.
2. Memang saya mahu golongan tidak divaksin naik angin - Emmanuel Macron
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui dia sengaja mahu golongan yang tidak divaksin 'naik angin', dalam satu temuramah pada Selasa.
3. Lapan kanak-kanak antara 12 maut dalam kebakaran
Sekurang-kurangnya 12 terkorban, termasuk lapan kanak-kanak pada Rabu dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di Philadelphia, Amerika Syarikat.
4. Omicron: Anugerah Grammy ditangguhkan
Majlis penganugerahan paling berprestij untuk penggiat muzik itu sebelum ini dijadual berlangsung di pusat bandar Los Angeles dan disiarkan secara langsung di rangkaian CBS pada 31 Januari.
5. Djokovic dilarang memasuki Australia
Serentak itu, Djokovic dimaklumkan, beliau perlu keluar dari Australia secepat mungkin walaupun pasukan peguamnya berkata akan mencabar keputusan berkenaan.
6. COVID-19: Sesi persekolahan di Chicago dibatalkan
Sekolah-sekolah awam di Chicago bertindak membatalkan sesi persekolahan selepas kesatuan guru mengundi untuk beralih kepada pembelajaran secara dalam talian.
7. Thailand nilai situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu
Thailand akan menilai situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu sebelum membuat keputusan mengenai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membendung gelombang baharu jangkitan.
8. Pemuda guna papan iklan cari jodoh
Birmingham Live melaporkan lelaki berketurunan Pakistan, Muhammad Malik, 29, dari London turut menghasilkan laman web Findmalikawife.com dan membeli beberapa papan iklan dengan harapan untuk bertemu bakal pasangan hidupnya.
9. Tunjuk perasaan antikerajaan Kazakhstan semakin memburuk
Protes antikerajaan di Kazakhstan semakin memburuk dengan penunjuk perasaan pada Rabu menyerbu kawasan lapangan terbang di Almaty, menyebabkan ratusan kakitangan melarikan diri.
10. Mahkamah Kanada arah Iran bayar pampasan kepada enam keluarga
Mahkamah di Ontario, Kanada, mengarahkan Iran membayar ganti rugi berjumlah AS$83.94 juta (C$107 juta), bersama faedah, kepada keluarga enam penumpang yang maut.
#Emmanuel Macron #Grammy #Novak Djokovic #Kazakhstan #Pakistan #Korea