PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui dia sengaja mahu golongan yang tidak divaksin 'naik angin', dalam satu temuramah pada Selasa.
Pengakuan itu menerima kecaman hebat pembangkang, kurang empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan datang.
"Yang tidak divaksin, saya benar-benar mahu membuatkan mereka marah. Dan kami akan terus berbuat demikian, itulah strateginya," kata Macron kepada akhbar Le Parisien dalam satu wawancara yang diterbitkan lewat Selasa.
Perancis tahun lalu melaksanakan pas kesihatan yang menghalang individu tanpa ujian PCR atau bukti vaksinasi COVID-19 untuk memasuki restoran, kafe dan beberapa tempat lain.
Kerajaan pimpinan Macron juga berhasrat menjadikannya pasport vaksin, yang bermakna hanya mereka yang divaksin boleh memiliki kelebihan tertentu.
"Saya tidak akan menghantar (yang tidak divaksinasi) ke penjara, saya tidak akan memaksa mereka mengambil vaksin. Tetapi kita beritahu mereka, mulai 15 Januari, kamu tidak boleh pergi ke restoran lagi, menonton teater dan pawagam," jelasnya.
Macron pernah dikritik sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa dan disifatkan rakyat Perancis sebagai sombong.
"Seorang presiden tidak sepatutnya berkata demikian," kata pemimpin sayap kanan Marine Le Pen di Twitter. "Emmanuel Macron tidak layak memegang jawatannya."
Reuters
Thu Jan 06 2022
Macron pernah dikritik sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa dan disifatkan rakyat Perancis sebagai sombong. - Foto REUTERS/Charles Platiau
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Amaran Perancis pada Israel: “Pemindahan paksa rakyat Palestin adalah jenayah perang”
Macron beritahu Netanyahu hasrat Perancis untuk bawa draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang menggesa "gencatan senjata segera dan berkekalan."
Perancis buka pintu ke arah pengiktirafan negara Palestin
Komen Macron ini merupakan kenyataan kali pertama seorang pemimpin Perancis membuat cadangan sedemikian.
Gabriel Attal dilantik sebagai Perdana Menteri termuda Perancis
Gabriel Attal yang berusia 34 tahun juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang secara terbuka mengisytiharkan diri sebagai gay.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Perancis Macron pertahan undang-undang imigresen
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mempertahankan undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen meskipun berdepan kritikan.
Memusnahkan Hamas akan menyebabkan perang berlanjutan - Presiden Perancis
Sudah sampai masanya Israel kenal pasti dengan teliti matlamat mereka dan cara mengakhiri peperangan.
COP28: Macron gesa anggota G-7 henti guna arang batu menjelang 2030
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat menggesa negara anggota G7 supaya berhenti menggunakan arang batu menjelang 2030.
Macron ingatkan Netanyahu ‘terlalu ramai orang awam terbunuh’ di Gaza
Israel harus tahu "membezakan antara pengganas dengan orang awam" - Presiden Perancis
Perancis gesa Israel hentikan segera pembunuhan wanita, bayi di Gaza
Walaupun mengiktiraf hak Israel, namun pengeboman di Gaza harus dihentikan, kata Presiden Emmanuel Macron.
Raja Charles mahu Britain, Perancis 'tingkat semula' hubungan
Raja Britain, Raja Charles III, pada Rabu petang menyeru Britain dan Perancis untuk "menyegarkan semula" persahabatan mereka.