Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 7, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Februari 2022.
1. Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China
THAILAND bakal mengadakan perbincangan dua hala berhubung gelembung perjalanan bersama Malaysia dan China hujung bulan ini.
2. COVID-19 | Australia buka sempadan kepada pelancong 21 Feb
Australia akan membuka semula sempadan kepada pelancong yang telah melengkapkan vaksinasi bermula 21 Februari depan.
3. COVID-19 | Ottawa isytihar darurat akibat protes antisekatan
Di Ottawa, Canada, perintah darurat dilaksanakan pada ahad akibat protes membantah sekatan COVID-19 yang melumpuhkan ibu negara itu.
4. Tragedi perigi: Maghribi semadikan Rayan
Jenazah kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam perigi, Rayan Oram, 5, akan dikebumikan hari ini.
5. Bebaskan Fawaz!
Komuniti dan kumpulan aktivis di rantau Arab kini menggesa usaha segera dilancarkan untuk membebaskan kanak-kanak Syria, Fawaz al-Qatifan
6. Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat campak di utara Afghanistan
Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan, menurut seorang pegawai wilayah pada Ahad.
7. Ribuan lagi anggota tentera AS tiba di Poland
Seramai 1,700 tentera yang dikerah Presiden Joe Biden tiba di Poland.
8. AS jangka Rusia bertindak dalam masa terdekat
Amerika Syarikat menjangka Rusia akan menceroboh Ukraine dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang.
9. '2/2/22' Kylie Jenner umum timang cahaya mata kedua
Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner mengumumkan dia sudah menimang cahaya mata yang kedua, minggu lalu.
10. COVID-19: Pelitup hidung 'kosk' undang kontroversi media barat
Satu jenis pelitup muka baharu di Korea Selatan yang hanya menutup hidung mendapat perhatian media barat apabila mereka mendakwa ia sebagai aksesori muka yang 'tidak berkesan langsung' mengekang penularan COVID-19.
#Canada #Afghanistan #Australia #COVID-19 #Joe Biden #Korea Selatan #Malaysia #Ukraine #Thailand #Rusia