awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat campak di utara Afghanistan

Bernama
Bernama
06/02/2022
15:24 MYT
Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat campak di utara Afghanistan
Kebanyakan kanak-kanak yang terkorban tinggal di kawasan tanpa kehadiran pegawai kesihatan awam dan kemudahan vaksin. - Gambar fail/ Reuters
FAIZABAD (Afghanistan): Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan, menurut seorang pegawai wilayah pada Ahad.
"Terdapat sejumlah kes campak di beberapa daerah Badakhshan, termasuk Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta ibu kota wilayah Faizabad dan kawasan pinggiran sejak dua bulan lalu.
"Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak meninggal dunia selepas dijangkiti penyakit itu di daerah Kuf Ab dan Kohistan," Maazudin Ahmadi, Pengerusi Lembaga Pengarah Penerangan dan Kebudayaan wilayah, memberitahu Xinhua.
Kebanyakan kanak-kanak yang terkorban tinggal di kawasan tanpa kehadiran pegawai kesihatan awam dan kemudahan vaksin.
Pegawai kesihatan wilayah berulang kali menyeru penduduk supaya sentiasa berwaspada dan mendapat rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan sekiranya terdapat simptom dalam kalangan kanak-kanak termasuk demam, ruam, konjunktivitis, batuk dan selsema.
Menurut pegawai tempatan, terdapat peningkatan membabitkan wabak campak di negara Asia, khususnya di kawasan pergunungan di timur laut.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#wabak campak
#Kanak-kanak
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan