awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China

Agensi
Agensi
07/02/2022
10:01 MYT
Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China
Perbincangan itu sebagai usaha untuk mengukuhkan pemulihan sektor pelancongan negara berkenaan. - Gambar hiasan/ Tourism Thailand
THAILAND bakal mengadakan perbincangan dua hala berhubung gelembung perjalanan bersama Malaysia dan China hujung bulan ini.
Menurut seorang pegawai tempatan dalam laporan Reuters pada Isnin, perbincangan itu sebagai usaha untuk mengukuhkan pemulihan sektor pelancongan negara berkenaan.
Thailand menerima jumlah pelancong tertinggi pada 2019, iaitu hampir 40 juta pelancong antarabangsa.
Namun, jumlah kemasukan pelancong jatuh kepada hanya 0.5 peratus daripada rekod tertinggi itu tahun lepas akibat pandemik COVID-19 yang mengakibatkan permintaan rendah serta syarat kemasukan dan kuarantin yang ketat.
Pusat-pusat peranginan di Asia Tenggara menanggung kerugian bernilai berbilion dolar, kebanyakannya berpunca daripada kelompongan pelancong China, susulan negara itu belum mewujudkan sebarang gelembung perjalanan dengan mana-mana negara.
Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Thanakorn Wangboonkongchana, persetujuan bersama akan menentukan bilangan individu yang dibenarkan melalui gelembung itu, serta protokol untuk visa, perjalanan dan insurans.
Tambahnya, China sudah bersetuju untuk membincangkan gelembung perjalanan itu.
Langkah tersebut dibuat seminggu selepas Thailand memulakan semula program perjalanan ‘Test & Go’ buat pelancong lengkap vaksinasi serta mempunyai insurans kesihatan yang tidak diwajibkan kuarantin sekiranya didapati negatif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Thailand
#gelembung perjalanan
#China
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan