DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Februari 2022.
Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang sebelum ini terkandas di Kiev, ibu negara Ukraine dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok.
Singapura bertindak di luar kebiasaan negara ASEAN dengan mengenakan kawalan dan sekatan ke atas Rusia berikutan serangan ke atas Ukraine.
Sebuah hospital di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine kecoh apabila sebuah ambulans tiba dengan membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko memberi amaran terhadap keputusan melulu dan provokasi Barat yang mengenakan sekatan ketat ke atas Rusia yang dikhuatiri boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga.
Presiden Rusia Vladimir Putin dilapor telah mengarahkan ketua pertahanannya meletakkan pasukan pencegahan nuklear negara itu dalam keadaan bersiap sedia.
Rakyat Malaysia yang berada di Queensland, Australia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
Afghanistan ketika ini dicengkam krisis kemanusiaan yang kronik tatkala majoriti warganya hilang pekerjaan, tidak memiliki wang untuk menjalani kehidupan seharian.
Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
Gabenor New York, Kathy Hochul pada Ahad mengumumkan kewajipan pemakaian pelitup muka di semua sekolah di negeri itu akan ditarik balik pada 2 Mac.
Ahli kumpulan Blackpink, Rose disahkan positif COVID-19 sekali gus memaksanya membatalkan perjalanan ke luar negara.
#Afghanistan
#Arab Saudi
#ASEAN
#Australia
#banjir
#COVID-19
#Taliban
#Kiev
#Ukraine
#Singapura
#Vladimir Putin
#Rusia