awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: New York mansuh mandat pelitup muka di semua sekolah

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2022
03:10 MYT
COVID-19: New York mansuh mandat pelitup muka di semua sekolah
Hochul berkata daerah dan bandar boleh mengekalkan mandat mereka sendiri, dan ibu bapa masih boleh memilih sama ada memakaikan anak mereka pelitup muka atau tidak. - Gambar hiasan/REUTERS
NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul pada Ahad mengumumkan kewajipan pemakaian pelitup muka di semua sekolah di negeri itu akan ditarik balik pada 2 Mac.
Dalam taklimat yang diadakan di Albany, Hochul membuat keputusan itu susulan kes COVID-19 yang semakin menurun dan panduan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Hochul berkata daerah dan bandar boleh mengekalkan mandat mereka sendiri, dan ibu bapa masih boleh memilih sama ada memakaikan anak mereka pelitup muka atau tidak.
Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada Rabu terpakai kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas di pusat penjagaan kanak-kanak.
New York mempunyai 2.7 juta murid sekolah, termasuk kira-kira 1 juta di New York City.
Mandat pelitup muka dilaksanakan semasa lonjakan COVID-19 yang didorong oleh varian Omicron pada Disember.
Bagaimanapun pelitup muka masih diperlukan di beberapa tempat, termasuk pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#Gabenor New York
#Kathy Hochul
#murid sekolah
#mandat pelitup muka ditarik balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan