awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2022
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Mac 2022.
1. Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam dari pesawat ditemui
Penyiasat penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit dan data penerbangan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu, lapor portal berita Xinhua.
2. 11 pekerja terbunuh dalam kebakaran gudang
Kebakaran gudang di selatan India pada Rabu mengorbankan 11 pekerja.
3. Jepun beri amaran gangguan bekalan elektrik selepas gempa
Kerajaan Jepun beri amaran mengenai kemungkinan gangguan elektrik yang meluas di Tokyo dan kawasan sekitarnya.
4. Arab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
5. COVID-19: China laksana perintah berkurung di Shenyang
China mengenakan perintah berkurung semalaman di bandar perindustrian Shenyang yang menempatkan 9 juta penduduk.
6. Jen Psaki positif COVID-19, tidak dapat sertai lawatan Biden ke Eropah
Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki pada Selasa berkata beliau positif COVID-19 dan tidak akan turut serta dalam lawatan Presiden Joe Biden ke Eropah, lapor Sputnik.
7. Hillary Clinton umum positif COVID-19
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton umum beliau diuji positif COVID-19 dan kini mengalami gejala ringan.
8. Konsert jelajah Justin Bieber di Malaysia Oktober ini
Pembukaan sempadan antarabangsa sepenuhnya selepas dua tahun bukan sahaja bakal merancakkan kembali ekonomi negara malah juga menandakan 'kembalinya' penganjuran konsert bertaraf antarabangsa.
9. Selamat tinggal pemain nombor satu dunia! Ashleigh Barty umum bersara
Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengejutkan arena sukan antarabangsa apabila mengumumkan persaraannya pada usia 25 tahun.
10. Kereta api berkelajuan tinggi baharu UK 'Crossrail' beroperasi Mei ini
Mulai Mei tahun ini, perjalanan merentasi ibu negara UK akan direvolusikan oleh kereta api berkelajuan tinggi baharu yang sebahagian besarnya dibina di bawah tanah bagi menghubungkan timur ke barat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#COVID-19
#Hillary Clinton
#Joe Biden
#Justin Bieber
#White House
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan