ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 May 2022.

1. Rusia sekat Ukraine di Laut Hitam, dijangka cetus krisis makanan

Ukraine boleh kehilangan puluhan juta tan bijirin akibat sekatan Rusia ke atas pelabuhan Laut Hitam.

2. Pesakit COVID-19 berusia 106 tahun di Jilin, China sembuh

Seorang pesakit COVID-19 berusia 106-tahun sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital di Changchun, ibu negeri wilayah timur laut Jilin di China pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

3. Bangunan runtuh di China, dua lagi berjaya diselamatkan

Dua mangsa berjaya diselamatkan selepas lebih 50 jam kejadian bangunan runtuh di Changsa, Hunan, China.

4. Presiden Biden ucap selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden mengucapkan selamat menyambut Adidilfitri kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

5. 17 cedera penerbangan domestik India dilanda gelora udara

Sekurang-kurangnya 14 penumpang dan tiga anak kapal cedera dalam kejadian mid air turbulance atau gelora udara yang melanda sebuah pesawat penerbangan tambang murah di India pada lewat Ahad.

6. Aidilfitri | Jutaan umat Islam Indonesia rai 1 Syawal

Jutaan rakyat Indonesia meraikan Aidilfitri pada Isnin, disebalik kelonggaran COVID-19 yang diumumkan Presidennya, Joko Widodo baru-baru ini. Negara dengan penganut Islam terbesar di dunia itu sejak beberapa hari lalu mengalami kesesakan luar biasa susulan tradisi mudik lebaran atau pulang beraya.

7. Rakyat Indonesia syukur dapat beraya di kampung halaman

Rakyat Indonesia yang beragama Islam pada Isnin menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gembira dan rasa syukur selepas pemerintah membenarkan mereka pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

8. Raja Maghribi ampun 958 banduan di ambang Aidilfitri

Seramai 29 banduan yang disabitkan kesalahan kerana aktiviti pelampauan dan keganasan antara mereka yang menerima pengampunan, setelah mereka menyertai inisiatif yang dilancarkan kerajaan Mahgribi untuk memulihkan golongan itu.

9Aidilfitri | Umat Islam di Singapura sambut 3 Mei

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443h/2022 di negara itu jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022. Ini bermakna umat Islam di Singapura tidak akan menyertai rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Raya pada 2 Mei.

10. MotoGP: Kecederaan bahu tidak jejas kemenangan Bagnaia

Bagnaia menamatkan musim lalu dengan empat kemenangan dalam enam perlumbaan, hanya untuk memulakan kempen baharu dengan perlahan.