ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.

1. China: 25 cedera pesawat penumpang tergelincir

Seramai 25 orang cedera selepas sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbakar ketika hendak berlepas dari lapangan terbang di Chongqing, China kira-kira 8 pagi Khamis, lapor Xinhua.

2. Presiden Sri Lanka akan lantik PM baharu minggu ini

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada Rabu berkata beliau akan melantik perdana menteri baharu dalam minggu ini.

3. COVID-19 | Korea Utara sahkan kes pertama

Selepas lebih dua tahun pandemik, Korea Utara pada Khamis secara rasmi mengesahkan kes COVID-19 pertama di negara itu. Memetik Reuters, media kerajaan melaporkan sub-varian virus Omicron yang sangat mudah merebak dikenali sebagai BA.2, telah dikesan di Pyongyang.

4. 'Tirai besi' Korea Utara dibolosi, kes COVID-19 pertama dikesan

Korea Utara secara rasmi mengesahkan kes COVID-19 pertama di negara itu pada Khamis.

5. Krisis Sri Lanka | Presiden baharu janji lantik PM dan Kabinet minggu ini

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa berjanji akan melantik Perdana Menteri baharu, memperkasakan Parlimen dan memansuhkan kuasa sistem Presiden eksekutif. Ia sebagai pembaharuan menstabilkan negara yang dilanda krisis politik dan keganasan.

6. Perjanjian Nuklear | Usaha terakhir selamatkan perjanjian dengan Iran

Pegawai Kanan Kesatuan Eropah bertemu perunding nuklear Iran di Tehran dalam usaja terakhir untuk menyelamatkan perjanjian nuklear republik dengan kuasa dunia. Bagaimanaoun tiada sebarang butiran hasil pertemuan didedahkan.

7. COVID-19 | Perancis mansuh pelitup muka di pengangkutan awam

Perancis memansuhkan pemakaian pelitup muka di fasiliti pengangutan awam negara itu mulai Isnin depan. Menurut Menteri Kesihatannya, Olivider Veran keputusan itu adalah sebahagian daripada dasar mengurangkan sekatan berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin perlahan di negara itu.

8. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 600,000 kes baharu dalam sehari

Terdapat pertambahan lebih 600 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 519 juta kes.

9. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari

Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.25 juta kes.

10. Diplomasi Myanmar | AS mahu pemimpin ASEAN main peranan lebih besar

Amerika Syarikat mahu pemimpin Asia Tenggara memainkan "peranan yang lebih mendalam" dalam usaha meletakkan myanmar kembali ke landasan demokrasi selepas rampasan kuasa tahun lepas. Mesej itu disampaikan pegawai kanan Amerika untuk Asia, menjelang pertemuan Presiden Joe Biden dengan pemimpin dari rantau ini yang dijadual pada Jumaat.