ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Mei 2022.

1. Jepun, China, Korea Selatan, ASEAN bimbang impak perang ke atas ekonomi

Ketua-ketua kewangan Jepun, China, Korea Selatan dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Khamis mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kebimbangan kesan perang Rusia-Ukraine terhadap ekonomi serantau.

2. Semua pihak perlu sokong rundingan dialog Rusia-Ukraine

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu mendesak agar semua pihak untuk menyokong rundingan dialog antara Rusia dan Ukraine.

3. Finland mungkin buat permohonan sertai NATO minggu depan - Menteri Luar

Menteri itu menegaskan bahawa Finland mahu mengekalkan keamanan di sempadan dengan Rusia tetapi harus bersedia untuk hadapi sebarang perkembangan.

4. 'Beri kami cucu atau bayar ganti rugi AS$650,000'... Ibu bapa heret anak, menantu ke mahkamah

Sepasang suami isteri yang sudah berusia di India mengheret anak mereka ke mahkamah dengan mendesak agar anaknya itu dan isteri segera menghasilkan cucu buat mereka dalam masa setahun, atau perlu menyediakan sejumlah AS$650,000 (RM2.86 juta) sebagai ganti rugi.

5. Saudi Aramco atasi Apple sebagai firma paling bernilai di dunia

Syarikat minyak Saudi Aramco, milik kerajaan Arab Saudi, pada Khamis mengatasi firma teknologi Amerika syarikat Apple untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia.

6. Sistem kesihatan lemah, Pyongyang 'belum harap' bantuan... Ini situasi COVID-19 di Korea Utara

Sepanjang tempoh seluruh dunia melalui keperitan fasa pandemik dua tahun lalu, negara pimpinan Kim Jong-Un itu dikatakan ‘bebas’ dari sebarang kes, memandangkan dasar menutup pintunya dikatakan menjadi sebab utama.

7. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 600,000 kes baharu dalam sehari

Terdapat pertambahan lebih 600 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 519 juta kes.

8. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari

Sementara itu, berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.25 juta kes.

9. Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin

Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global. 

10. Sekarang waktu sakit... ini sebab kenapa Amerika Syarikat perlu beri ruang untuk kita kekal 'degil'

Sidang Kemuncak Khas ASEAN – Amerika Syarikat di Washington DC minggu ini menguji kepimpinan negara-negara rantau Asia Tenggara dalam meneroka formula yang lebih menguntungkan masyarakat rantau ini.