Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 31, 2022 15:59 MYT
Mei 31, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Mei 2022.
Jasad terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Nepal telah ditemui pagi Selasa, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas berjaya ditemui, menurut Tentera Nepal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Isnin bahawa tidak berasa bimbang buat masa kini tentang penyebaran cacar monyet di luar negara-negara Afrika.
Seorang wartawan penyiaran Pakistan dipecat kerana menyertai lawatan ke Israel anjuran kumpulan asing yang mahu mempromosikan hubungan pro-Israel di negara Islam.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad.
Negara Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin sepakat untuk mengurangkan jumlah pembelian minyak dari Rusia sebanyak 90 peratus menjelang akhir tahun ini.
Kongres Kentang Sedunia ke-11 yang dianjurkan di sini pada Isnin, menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Xinhua menurut penganjur.
Seseorang akan mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh maklumat peribadi jika sengaja (atau tidak sengaja) mendedahkan gambar tiket penerbangan di media sosial.
Pihak berkuasa Croatia mengesahkan pesawat ringan yang hilang daripada radar pada hujung minggu lalu telah ditemukan.
Dua maut manakala 20 lagi cedera selepas dirempuh dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan ketika berkumpul bagi sambutan tahunan Hari Peringatan di Nebraska, Amerika Syarikat
Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.