KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran yang jelas terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa serta kawasan sekitarnya.
Serbuan terbaharu di Masjid Al-Aqsa itu sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah dan pelampau Israel yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam serta di luar rantau itu, menurut kenyataan itu.
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Israel menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan, kata Wisma Putra.
"Malaysia berdiri teguh dengan solidariti bersama rakyat Palestin, dan menegaskan status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak Suci Umat Islam," kata kenyataan itu.
Malaysia juga menegaskan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin serta perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel, sekaligus merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.
Menurut laporan media, beribu-ribu penduduk Israel mengadakan perarakan bendera pada Ahad untuk menyambut hari penyatuan Baitulmaqdis, iaitu pencerobohan Israel di bandar itu pada 1967.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, lokasi terletaknya kompleks Masjid Al-Aqsa, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980, dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Pertempuran sekitar perarakan bendera tahun lalu membawa kepada serangan 11 hari Israel di Semenanjung Gaza dengan lebih 260 rakyat Palestin terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera. Tiga belas warga Israel turut terbunuh dalam kebakaran di Gaza semasa konflik itu.
Ia serangan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan keganasan dihentikan di bawah gencatan senjata dengan Mesir sebagai perantara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Israel menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan. - REUTERS
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.
Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.
AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Kebenaran itu bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama kepada yang layak dan ada hak, bahkan ia juga penting untuk keselamatan Israel.
Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.
#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.
Hamas seru rakyat Palestin berhimpun di Al-Aqsa, lakukan protes serangan Israel ke atas Gaza
Hamas gesa rakyat Palestin bertahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang hari ini dengan umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa
Serangan itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid.
Setelah 54 tahun, OIC gagal lindungi Masjid Al-Aqsa - NGO Islam
Rasa cinta terhadap Al-Aqsa seharusnya menyatukan umat Islam untuk meneruskan perjuangan membebaskannya daripada rejim Israel.
Malaysia sokong perjuangan Palestin, kutuk tindakan cemar kesucian Masjid Al-Aqsa
Mohd Na'im berkata, Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin yang berpaksikan kepada keadilan.
Malaysia kutuk tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei.