ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 Jun 2022. 

1. 5 maut dalam insiden tembakan di kampus hospital

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada Rabu dalam satu kejadian tembakan di sebuah kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat.

2. Insiden tembakan | Identiti suspek masih belum dikenal pasti

Polis Tulsa kini dalam proses mengenal pasti identiti penembak yang menembak maut empat mangsa termasuk dirinya di kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat pada Khamis.

3. Gempa Bumi | Gempa bermagnitud 6.1 Landa Sichuan, 4 maut

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 14 yang lain cedera selepas dua gempa bumi melanda barat daya China.

4. Gempa bumi sederhana landa Halmahera, Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi tadi.

5. Kes demam berdarah Crimean-Congo semakin meningkat di Iraq - WHO

Iraq mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) setakat tahun ini dengan lebih 200 kes dikesan, lapor Xinhua, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

6. COVID-19 di Shanghai | Kes turun mendadak, tiada lagi perintah berkurung

Trafik dan ruangan pejalan kaki di sekitar Shanghai kembali sesak pada malam Selasa ketika perintah berkurung yang dilaksanakan selama dua bulan di hab kewangan China itu ditamatkan.

7. Krisis Rusia-Ukraine | Penduduk Lysychansk hanya tunggu masa diserang Rusia

Ketegangan semakin memuncak di Lysychansk, sebuah bandar di Timur Ukraine, ketika Rusia meneruskan serangan yang kini sudah melebihi tiga bulan.

8. Ekonomi Rusia | Sektor pelancongan semakin kukuh, terus dapat sambutan

Ketika pergolakan masih lagi berlaku di beberapa bahagian di Ukraine, sektor pelancongan domestik di Rusia dilaporkan kembali rancak susulan penutupan pintu sempadan dan sekatan yang dilaksanakan oleh beberapa negara terhadap Rusia.

9. Pertanian | Kerajaan Taliban mulakan kempen hapus tanaman popi

Pemerintah Taliban di Afghanistan memulakan kempen menghapuskan penanaman popi di negara itu sebagai inisiatif menghapuskan pengeluaran besar-besaran candu dan heroin.

10. Johnny Depp menang AS$15 juta kes saman fitnah terhadap Amber Heard

PELAKON terkenal Hollywood Johnny Depp, 58, dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya sebentar tadi.