Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 21, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 21 Jun 2022.
1. Upacara naikkan Kiswah Kaabah disempurnakan sebagai simbolik bermulanya musim haji
Setiap tahun, upacara menaikkan kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi akan diadakan sebagai simbolik kepada bermulanya musim haji.
2. Banjir | Beberapa kawasan di wilayah selatan China terjejas teruk
Wilayah selatan China terus dilanda hujan dan ribut petir menyaksikan peningkatan paras air sungai sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh. Ia menyebabkan hampir 145,000 penduduk di wilayah autonomi Guangxi dipindahkan.
3. Korea Selatan bersiap sedia lancarkan roket buatan sendiri ke angkasa
Roket Nuri seberat 200 tan dijangka berlepas dari Pusat Angkasa Naro di Goheung lebih kurang pukul 4 petang, menurut Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI).
4. Anak jutawan Elon Musk mohon tukar nama keluarga, enggan ada kaitan dengan bapa
Anak lelaki jutawan Elon Musk, Xavier Alexander, telah memfailkan permohonan untuk tidak lagi menggunakan nama keluarganya, selain turut mahu mengubah nama asalnya mengikut identiti jantina baharunya.
5. EU seru gencatan senjata di Ukraine agar eksport bijirin dapat dilaksanakan
Krisis di Ukraine memberi kesan serius terhadap kebuluran di seluruh dunia, Wakil EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell memberitahu media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar dengan menteri luar EU.
6. Saifuddin hadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Rwanda
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.
7. Taman hijau baharu di Bangkok beri nafas segar dambaan warganya
Keinginan untuk memiliki taman di tengah kota terjawab apabila Taman Rimba Benjakitti kini dibuka untuk dikunjungi rakyat di ibu negara Thailand itu.
8. Imej ganjil di langit malam New Zealand
Imej ganjil itu merupakan lingkaran yang berwarna putih berlaku pada jam 7.28 malam dan ramai penduduk yang tinggal berdekatan South Island telah merakamkan gambar tersebut.
9. Thailand beri 'lampu hijau' untuk kanabis, pesakit harapkan bekalan lebih murah
Thailand menjadi negara Asia pertama yang membenarkan penanaman dan pengambilan marijuana secara persendirian - satu langkah yang pihak berkuasa sifatkan bakal melonjakkan aktiviti agrikultur apabila golongan petani boleh menjana pendapatan baharu.
10. Krisis Ekonomi | Sekolah di Sri Lanka ditutup, protes diteruskan
Ribuan pelajar universiti di negara itu pada Isnin mengadakan protes bagi mendesak Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka meletakkan jawatan ketika ekonomi di negara itu dilihat tidak lagi berdaya tahan.
#berita pilihan #berita antarabangsa #Berita AWANI #Berita Harian