Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 7, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.
1. Pencipta 'Yu-Gi-Oh' ditemui maut
Kazuki Takahashi ditemui terapung dan memakai peralatan selam snorkel.
2. Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Singapura mengesahkan kes tempatan pertama membabitkan jangkitan cacar monyet.
3. Pertemuan empat mata Ismail Sabri dan Erdogan hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.
4. Pertemuan PM dan Erdogan signifikan dalam menampan impak ketidaktentuan global
Pertemuan empat mata antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan sangat singnifikan dalam menampan impak ketidaktentuan global yang membelenggu rakyat kedua negara.
5. Boris Johnson bakal letak jawatan hari ini - BBC
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson dilaporkan telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif selepas kehilangan sokongan Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen, lapor BBC.
6. Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.
7. Politik UK | Boris Johnson bakal letak jawatan hari ini – BBC
Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson bersetuju untuk meletak jawatan sebagai pemimpin parti konservatif selepas kehilangan sokongan anggota kabinet dan barisan menteri, lapor BBC.
8. Politik | Penunjuk perasaan gesa Johnson letak jawatan
Penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman Boris Johnson bagi mendesak beliau meletak jawatan pada Rabu.
9. Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis.
10. COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing.
#cacar monyet #Singapura #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Recep Tayyip Erdogan #ISIS Malaysia #Boris Johnson #Britain #United Kingdom #letak jawatan #Kalwant Singh #Haji #COVID-19 #Beijing