Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 12, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 September 2022.
1. Gempa Bumi China | Gempa susulan masih berlaku di Moxi
Gempa susulan dilaporkan masih berlaku terutamanya di pekan Detuo, 10 kilometer dari Moxi. Ia menyebabkan risiko kepada pasukan penyelamat akibat runtuhan batu terutamanya dekat kawasan pergunungan.
2. Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
3. Isu Rusia-Ukraine | Rusia punca gangguan bekalan elektrik di Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata Rusia bertanggungjawab dengan gangguan bekalan elektrik di timur negara itu dan mendakwa Moscow sengaja membedil infrastruktur awam.
4. Empangan lombong runtuh di Afrika Selatan, 3 maut, lebih 40 cedera
Sebuah empangan lombong runtuh di bahagian tengah Afrika Selatan pada Ahad mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman dan infrastruktur, menurut Jabatan Tadbir Urus dan Hal Ehwal Tradisi (CoGTA).
5. Israel arah penduduk Palestin roboh sendiri rumah di Baitulmaqdis
Pihak berkuasa Israel pada Ahad memaksa seorang ibu Palestin merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Batn al-Hawa di kampung Silwan, selatan Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis.
6. Pertabalan | Raja Charles III rasmi raja Australia, New Zealand
Raja Charles III secara rasmi dinamakan sebagai raja di Australia dan New Zealand pada Ahad, dalam upacara serentak menandakan kenaikan takhta baginda.
7. Gempa Bumi | Sekurang-kurangnya 5 maut di Papua New Guinea
Sekurang-kurangnya lima maut manakala puluhan yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala richter melanda Papua New Guinea pada Sabtu, sekali gus mencetuskan amaran tsunami.
8. Mesir antara negara terjejas teruk akibat perubahan iklim
Menteri Sumber Air dan Pengairan Mesir Hani Suweilam pada Ahad berkata Mesir adalah antara negara paling terjejas di dunia akibat perubahan iklim.
9. Jepun buka pintu sempadan untuk pelancong asing perseorangan hujung tahun
Wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Seiji Kihara memaklumkan pintu sempadan negara akan dibuka untuk pelancong asing perseorangan selewatnya pada akhir tahun ini.
10. UK berkabung: Cuti umum di Britain 19 September ini
Kerajaan Britain mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena upacara istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.
#berita antarabangsa pilihan #berita luar negara #Berita AWANI #berita menarik