awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun buka pintu sempadan untuk pelancong asing perseorangan hujung tahun

Faida Rahim
Faida Rahim
12/09/2022
03:33 MYT
Jepun buka pintu sempadan untuk pelancong asing perseorangan hujung tahun
Jumlah angka pelancong yang masuk ke Jepun ketika ini masih rendah sekitar lima peratus daripada jumlah pelancong masuk yang datang pada 2019. - Foto fail
TOKYO: Wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Seiji Kihara memaklumkan pintu sempadan negara akan dibuka untuk pelancong asing perseorangan selewatnya pada akhir tahun ini.
Memetik laporan rancangan Prime Fuji TV, Seiji Kihara memberitahu pihak Kerajaan masih dalam proses meneliti sebelum membenarkan lebih ramai pelancong asing bukan dalam kumpulan untuk masuk ke negara itu.
Katanya, jumlah angka pelancong yang masuk ke Jepun ketika ini masih rendah sekitar lima peratus daripada jumlah pelancong masuk yang datang pada 2019, sebelum pandemik menyerang dunia.
“Perbincangan masih dijalankan bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida. Kami cuba membuka pintu sempadan untuk pelancong yang datang bersendiri secepat mungkin pada musim luruh atau selewat-lewatnya musim sejuk akan datang," katanya.
Musim luruh di Jepun bermula sekitar penghujung Oktober dan musim sejuk pula akan bermula sekitar penghujung Disember 2022 hingga awal Mac 2023.
Sementara itu, Seiji Kihara memaklumkan dengan kehadiran jumlah pelancong yang ramai memasuki negara ini, kadar pertukaran Yen yang lemah berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini akan menjadi lebih kukuh di masa akan datang.
Terdahulu, hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula bermula 10 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Jepun
#Fumio Kishida
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan