ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 November 2022.

1. Taiwan longgarkan peraturan pemakaian pelitup muka bermula 1 Disember

Taiwan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka bermula 1 Dis, umum Pusat Perintah Epidemik Pusat (CECC) pada Isnin.

2. 'Lockdown' akibat COVID-19: Protes memuncak di Shanghai, merebak ke bandar lain

Ratusan penunjuk perasaan dan polis bertembung di Shanghai pada Ahad malam (17 November) gara-gara tindakan peraturan ketat dan kekangan pergerakan bagi mencegah penularan COVID-19 yang disifatkan melampau oleh rakyatnya.

3. Sekatan COVID-19 | BBC kecam penahanan wartawan yang buat liputan

BBC mengecam tindakan pihak berkuasa China yang dilaporkan menahan salah seorang wartawannya, Ed Lawrence yang sedang membuat liputan berkaitan protes di Shanghai.

4. Protes Iran | Tehran kemuka bantahan kepada FIFA

Persekutuan bolasepak Iran mengemukakan bantahan kepada FIFA selepas pasukan Amerika Syarikat memuat naik gambar benderanya tanpa logo jata negara ke media sosial. Amerika Syarikat mendakwa penggunaan bendera tanpa jata negara Islam itu sebagai menyokong perjuangan wanita negara itu bagi hak asasi manusia.

5. Tragedi Cianjur: Mayat penjual bakso peluk erat anak ditemui

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ini menemui jasad seorang lelaki yang sedang memeluk anaknya dalam timbunan runtuhan tanah akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, pada minggu lalu.

6. Gunung Berapi Cotopaxi di Ecuador catat aktiviti seismik

Pelepasan gas dan wap air, tahap abu yang rendah dan peningkatan aktiviti seismik dicatatkan pada Ahad di gunung berapi Cotopaxi di Ecuador, lapor Xinhua.

7. Projek terowong bawah permukaan air pertama di Asia Selatan sudah separa siap

Pembinaan terowong di bawah permukaan air di Bangladesh berjalan lancar apabila pembinaannya kini sudah separa siap, lapor Xinhua.

8. Lebih 1,800 penerbangan ditunda pada Ahad di Amerika Syarikat

Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda pada Ahad berikutan cuaca buruk.

9. Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden

Ratusan ribu rakyat Mexico berhimpun di ibu negara pada Ahad sebagai sokongan kepada Presiden Manuel López Obrador.

10. Hujan lebat: Bandar Tripoli banjir, halang laluan utama

Ibu kota Libya, Tripoli mengalami banjir kilat selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut pada Ahad.