Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Januari 2023.

1. Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast

Empat penumpang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua buah helikopter bertembung di Gold Coast, Selatan Brisbane, Australia pada Isnin.

2. Korea Selatan mula wajibkan ujian saringan COVID-19 untuk ketibaan dari China

Korea Selatan pada Isnin mula mewajibkan ujian saringan COVID-19 untuk ketibaan dari China menyebabkan timbul kekeliruan dan kesulitan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

3. San Francisco dilanda ribut paling buruk dalam sejarah

Sekurang-kurangnya seorang maut akibat dihempap pokok tumbang ketika ribut melanda Kawasan Teluk San Francisco, California Utara pada Sabtu, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.

4. COVID-19: Australia pertahan langkah sekatan ke atas pelancong China

Australia menyifatkan peraturan mewajibkan pelancong dari China menunjukkan ujian negatif COVID-19 mulai 5 Januari ini sebagai langkah sederhana.

5. Iran senarai hitam hampir 60 pegawai AS

Tehran menyenaraihitamkan hampir 60 pegawai Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan komander tertinggi Iran Qassem Soleimani, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Mehr.

6. Gangguan Elektrik | 56 ribu penumpang terkandas di Manila, 361 penerbangan terjejas

Kira-kira 56 ribu penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina selepas ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan, ditangguhkan atau dialihkan akibat gangguan bekalan elektrik.

7. 14 maut dalam serangan bersenjata di penjara Mexico

Sekurang-kurangnya 14 individu maut susulan serangan bersenjata di sebuah penjara di Ciudad Juarez, utara Mexico dalam kejadian pada awal pagi Ahad waktu tempatan.

8. Lula da Silva angkat sumpah Presiden Brazil

Luiz Inácio Lula da Silva mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil pada Ahad.

9. Mansuh dasar Sifar COVID-19, sistem kesihatan China berdepan kesukaran

Pihak berkuasa kesihatan China ketika ini dilaporkan sedang bergelut untuk memastikan sistem kesihatan di republik itu diperhebatkan untuk menangani peningkatan kes COVID-19 tempatan.

10. Sedalam 35 Meter | Kanak-kanak 10 tahun terperangkap dalam lubang

Pasukan Bomba dan Penyelamat Vietnam sedang bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap di dalam sebuah lubang di sebuah tapak pembinaan di Dong Thap.