Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Januari 2023.

1. Hujan lebat diramal di Mekah, salji di utara Arab Saudi

Hujan lebat disertai ketulan air batu selain ribut petir yang boleh menyebabkan banjir kilat diramal berlaku di kota suci Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram.

2. Indonesia bakal miliki aset moden perkasakan sistem pertahanan udara

Indonesia yang 25 tahun lalu terpaksa mengamalkan dasar `ikat perut' dalam perbelanjaan pertahanan kerana kegawatan ekonomi, kini sebaliknya mula beralih kepada usaha giat memodenkan aset ketenteraan republik itu.

3. 50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung

Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu pada Isnin.

4. Jordan bekukan cukai minyak tanah pada musim sejuk

Raja Jordan Raja Abdullah II pada Isnin menitahkan agar kerajaan membekukan cukai minyak tanah atau kerosin pada musim sejuk bagi meringankan beban rakyat.

5. AS pulangkan keranda kayu milik Mesir

Muzium Sains Asli Houston mengembalikan keranda kayu purba Mesir yang dipamerkan di muzium tersebut.

6. Tiada perbincangan mengenai latihan bersama dengan Korea Selatan - Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata beliau tidak membincangkan mengenai latihan nuklear bersama Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol, lapor Sputnik, memetik kenyataan White House.

7. Vietnam tersenarai antara 30 negara paling berkuasa di dunia

Vietnam kini muncul pemain utama di pentas dunia selepas tersenarai antara 30 negara paling berkuasa di dunia pada 2022 oleh US News dan World Report.

8. Korea Selatan denda Tesla gara-gara dakwaan melampau bagi keupayaan kenderaan

Penggubal undang-undang antipersaingan Korea Selatan mahu mengenakan denda bernilai 2.85 bilion Won (RM9.66 juta) ke atas Tesla kerana syarikat itu gagal memberitahu pelanggannya tentang jarak pemanduan terhad bagi kenderaan elektrik (EV) itu dalam suhu rendah.

9. Krisis Rusia-Ukraine | Moscow dakwa 63 anggota tenteranya terbunuh

Perkembangan konflik Rusia-Ukraine. Kementerian Pertahanan Kremlin sahkan 63 anggota tenteranya di kawasan Makiivka maut dalam satu serangan udara Ukraine.

10. EU tawar vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk bendung penularan

Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk membantu negara berkenaan membendung penularan penyakit itu ketika Beijing bersiap sedia bagi menamatkan sekatan pergerakan diperketatkan dan membuka sempadannya, lapor Sputnik.