ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.

1. Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa

Pihak pendakwaraya Jepun memulakan pendakwaan ke atas suspek pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat.

2. Indonesia bakal wujudkan pejabat utusan khas mengenai Myanmar

Pengerusi ASEAN, Indonesia akan menubuhkan pejabat utusan khas untuk menangani krisis pascarampasan kuasa di Myanmar, lapor Agensi Berita Vietnam memetik Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.

3. Beberapa negara di dunia alu-alukan pelancong China

China akan terus mengoptimumkan dan menyesuaikan langkah-langkah berkaitan COVID-19 mengikut perkembangan situasi wabak, bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat, lancar dan teratur, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

4. 5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China

Sekurang-kurangnya lima maut dan 13 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki yang sedang melintas jalan di China.

5. Thailand lancar kempen promosi pelancongan untuk tingkat ekonomi

Pihak berkuasa pelancongan Thailand pada Khamis mengumumkan pelan tahunannya untuk meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pelancongan yang dipertingkatkan dan berasaskan pengalaman.

6. Peguam Negara AS lantik peguam khas siasat urusan dokumen sulit Biden

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Merrick Garland pada Khamis mengumumkan pelantikan peguam khas untuk menyiasat urusan berkaitan hal dokumen sulit Presiden Joe Biden.

7. Gaji CEO Apple Tim Cook dipotong 40 peratus tahun ini

Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya, Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri.

8. Taliban lancar 'supercar' pertama buatan Afghanistan

Pemerintah Taliban melancarkan 'supercar' pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan.

9. COVID-19: Kes baharu di Korea Selatan catat penurunan dalam tempoh 11 minggu

Kes baharu COVID-19 di Korea Selatan menurun kepada paras terendah untuk tempoh 11 minggu namun terdapat peningkatan dalam kes import.

10. Pakistan terima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada UAE

Pakistan menerima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika rizab pertukaran asingnya semakin berkurangan.