Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Februari 2023.
Biarpun Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) gempa bumi di Turkiye telah pulang bermula hari ini, namun misi bantuan kemanusiaan lain di negara itu akan diteruskan dalam pelbagai bentuk.
2. Empat mayat ditemukan di lokasi pesawat ringan terhempas berhampiran gunung berapi
Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada bangkai pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawah gunung berapi di tenggara Manila enam hari lalu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis.
Seorang wartawan televisyen tempatan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut ditembak di kawasan kejiranan Florida, berhampiran lokasi pembunuhan yang berlaku beberapa jam sebelum itu.
Penduduk dan pihak berkuasa di Jepun bingung dengan kemunculan sfera logam besar misteri yang ditemui awal minggu ini.
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang menggegarkan Tajikistan pada pagi Khamis turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China, lapor Xinhua.
Dua maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah lombong arang batu di Inner Mongolia, China runtuh. Menurut laporan media tempatan lebih 50 pelombong dilaporkan masih hilang.
Kadar kesuburan Korea Selatan turun ke paras terendah pada tahun lalu dengan jumlah kanak-kanak yang dijangka terendah di dunia bagi setiap wanita.
Pasar raya di seluruh Britain dipenuhi rak kosong ekoran bekalan produk segar semakin sukar didapati, hingga menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicatu.
Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.
Australia telah menghantar surat undang-undang ke Twitter dan Google untuk meminta maklumat tentang usaha mereka menghentikan eksploitasi kanak-kanak dalam talian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

